selamat bercuti dan selamat menyambut lebaran
ampun dan maaf kepada semua andainya
diri ini melakukan kesalahan yang x nampak
hidup UKM!!!!!!!!!!!!
hidup mati adalah ketentuanNYA..bersiap sedialah utk kematian yang akan muncul pada bila-bila...hanya tuhan yang tahu...wallahu'alam...
Salam hormat kepada semua.
Memang sudah menjadi fitrah semulajadi manusia ingin berkawan dan bersahabat. Sahabat sejati ialah yang sentiasa bantu membantu dalam mengerjakan kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Terbinanya nilai sahabat yang baik sangat berperanan dalam mewujudkan kehidupan yang harmoni. Ia adalah nilai peribadi seseorang, sebahagian dari buah akhlak yang berakarkan iman. Sebahagian dari tanda seorang yang berjaya memimpin dirinya sendiri dan berpotensi
untuk menjadi pemimpin.
Oleh itu, bagaimanakah mahu menjadi sahabat yang baik?
1) Memberi salam terlebih dulu bila bertemu.
2) Mengutamakan keperluan dan kepentingan sahabat dari kepentingan diri sendiri.
3) Memberi bantuan dan pertolongan yang diperlukan tanpa menunggu dia meminta.
4) Menyembunyikan segala rahsia sahabat.
5) Menceritakan atau menyampaikan puji-pujian orang terhadapnya. Jika menyembunyikan bererti menyimpan rasa dengki dan irihati.
6) Tidak menceritakan kejian dan celaan orang untuk mengelakkan rasa kurang senang dan terjadi krisis.
7) Memberi perhatian yang sungguh-sungguh ketita dia bercakap. Tidak memotong cakapnya dan tidak sekali-kali bersikap endah tak endah atau acuh tak acuh.
8) Tidak berbantah bantah atau berbalah balah lebih lebih lagi sehingga mengeluarkan kata kata yang tidak sepatutnya diucapkan
1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan
dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang
lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda
" Tiada si bujang di dalam syurga" (Muslim). Ini kerana
ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.
2.Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan
tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan
lelaki daripada ahli syurga
3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak
masuk syurga
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga
sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan
oleh Allah dengan ser=orang daripada lelki yang masuk
syurga.
4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak
sekiranya suaminya masuk syurga
5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya
Wanita ini akan tetal bersama suaminya yang dikahwini di
dunia sekiranya suaminya masuk syurga
6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan
bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak
kira berapa kali di aberkahwin. Suami yang terakhir
adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi
ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda. "wanita adalah
kepunyaan suaminya yang terakhir.
DOA CARI JODOH
"Ya Allah, kalau dia memang jodohku, jodohkanlah...
Tapi kalau bukan jodohku,
Jodohkanlah jugak...
Jika dia tidak berjodoh denganku,
maka jadikanlah kami jodoh...
Kalau dia bukan jodohku,
jangan sampai dia dapat jodoh yang lain, selain aku...
Kalau dia tidak bisa di jodohkan denganku,
jangan sampai dia dapat jodoh yang lain,
biarkan dia tidak berjodoh sama seperti diriku...
Dan saat dia telah tidak memiliki jodoh,
jodohkanlah kami kembali...
Kalau dia jodoh orang lain, putuskanlah!
Jodohkanlah dengan ku....
Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain,
biar orang itu ketemu jodoh dengan yang lain dulu dan kemudian
jodohkan kembali dia dengan ku ...
"Amin...".